WANITA PERLU TAU !! FIBROID BUKAN KANSER TAU !!

Fibroid atau nama lain Leiomyoma/myoma adalah sejenis ketumbuhan yang terbentuk dari dinding atau otot rahim.
.
Fibroid ni, ada yang berbentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Ia bukannya kanser.
.
.
.
FIBROID BUKAN KANSER
.
1) Fibroid adalah ketumbuhan biasa/’benign’ (bukan kanser) yang kerap berlaku kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka. Ia paling kerap berlaku diantara umur 30-50 tahun.
.
2) Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda yang belum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.
.
3) Fibroid adalah ketumbuhan yang bukan kanser. Namun, ada sebilangan (kurang dari 1%) yang boleh berubah menjadi kanser dalam jangkamasa panjang.
.
4) Terdapat beberapa jenis fibroid dan ia bergantung kepada lokasinya dan jenis otot rahim yang terlibat.
.
5) Mereka dengan fibroid ini jarang menunjukkan simptom yang nyata. Gejala yang dihadapi adalah bergantung kepada saiz, jenis serta lokasinya fibroid tersebut.
.
Antara gejalanya adalah:
.
• Rasa senak di bahagian bawah abdomen atau tekanan pada pelvis.
.
• Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang.
.
• Sengugut (dysmenorrhoea).
.
• Masalah pendarahan yang abnormal seperti pendarahan antara kitaran haid, tempoh haid yang panjang atau darah haid yang banyak.
.
• Masalah atau sakit ketika hubungan kelamin boleh berlaku sekiranya fibroid terlalu besar.
.
• Kencing tidak lawas atau kerap kencing disebabkan tekanan oleh fibroid kepada pundi kencing.
.
• Sembelit disebabkan oleh tekanan fibroid kepada rektum.
.
.
.
ADA FIBROID SUKAR HAMIL?
.
Lebih kurang 3% daripada penghidap fibroid mempunyai masalah kesukaran untuk hamil. Ini kerana kehadiran fibroid akan mengubah dinding rahim dan menyebabkan kesukaran untuk perlekatan embrio pada dinding rahim.
.
Fibroid sewaktu hamil pula boleh menyebabkan sakit dan tekanan pada pelvik dan menjadi punca kelahiran tidak cukup bulan. Jika saiz fibroid menghalang laluan rahim, kelahiran secara caesarean diperlukan.
.
Fibroid merupakan masalah yang tidak diketahui puncanya.
.
Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan gelaja dan ketidak selesaan yang dihadapi, beberapa langkah boleh diambil iaitu.
.
• Mengambil ubat kesakitan untuk melegakan kesakitan.
.
• Makan makanan yang tinggi zat besi (seperti daging merah yang tidak berlemak dan bayam) dan mengambil ubat tambahan zat besi bagi mengelakkan anemia disebabkan oleh pendarahan haid berat seperti yang diarahkan oleh doktor.
.
• Elak makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti produk tenusu, makanan bergas dan bergula.
.
• Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber sintetik.
.
• Kurangkan berat badan.
.
• Jika merokok. Berhenti merokok.
.
Fibroid boleh dikesan hanya melalui ultrasound untuk mengenalpasti lokasi serta jenis fibroid dan pemeriksaan abdomen bagi melihat saiz rahim, jika fibroid itu besar, rahim boleh dirasa.

.
.
#listra #solusikesuburan
#sunnahmuamalanku
#BeListraLovers

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top
× Chat With Sheila
Selamat Datang ke Listra Penang . Trusted Seller . Pembelian Secara Automatik Online.
Hello. Add your message here.
Hello. Add your message here.